Tuesday, November 4, 2014

HARI TERAKHIR KURSUS PLUG TMK TAHUN 5

SEMOGA BERJUMPA LAGI. BANYAK ILMU YANG DAPAT DIKUTIP DI SINI.

Monday, November 3, 2014

Friday, April 23, 2010

MESYUARAT PIBG KALI KE-34






Alhamdullillah....semuanya telah selesai tanpa ada apa-apa masalah.
Pada hari Khamis 22 April 2010 telah diadakan mesyuarat PIBG sekolah bagi kali ke-34.
Mesyuarat ini telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.Ia telah dirasmikan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Puteh,Kelantan iaitu Puan Zurina binti Ripin.Tidak lengkap rasanya kalau mesyuarat tak dihadiri oleh wakil dari PPD,En Anuar bin Iberahim yang merupakan Pegawai Perhubungan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh turut memeriahkan lagi majlis mesyuarat PIBG.
Mesyuarat kali ini mencatatkan penyertaan ibu bapa yang ramai.Tahniah!!! diucapkan kepada ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini.Ini menunjukkan komitmen meraka terhadap anak-anak dan institusi sekolah semakin bertambah.
Tak lengkap rasanya kalau mesyuarat PIBG tanpa cabutan bertuah,tahniah sekali lagi kepada ibu bapa yang telah memenangi hadiah cabutan bertuah.

Thursday, April 8, 2010

UPDATE

Masih melakukan proses update.

Saturday, March 13, 2010

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

PERMOHONAN PENEMPATAN, PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012

Tarikh: 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010

Tempat: Pejabat Sekolah Kebangsaan Tasek Pauh, Pasir Puteh, Kelantan.

1. Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2005-1.1.2006 (Tahun Persekolahan 2012)

2. Semakan Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2004-1.1.2005 (Tahun Persekolahan 2011)

Ibu bapa/penjaga yang berkenaan dikehendaki hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan di atas dengan membawa;
a. Surat Beranak/Sijil Kelahiran Asal.
b. 1 Salinan Fotostat Surat Beranak/Sijil Kelahiran. Masa berurusan dengan pihak sekolah adalah pada waktu pejabat sahaja. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

PROSES KEMAS KINI

Hari ni saya masih continue untuk penuhkan perkara2 yg berkaitan di layout belah kanan, seperti counter dsb.

Friday, March 12, 2010

AKHIRNYA BERJAYA MEMECAHKAN CODE HEADER WRAPPER UNTUK BANNER

Setelah bertungkus lumus dan menggunakan pengetahuan sedia ada, maka saya telah berjaya mengubah kod XML dan menghilangkan TITLE di bahagia atas blog. Alhamdulillah.

Moderator.