Saturday, March 13, 2010

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

PERMOHONAN PENEMPATAN, PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012

Tarikh: 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010

Tempat: Pejabat Sekolah Kebangsaan Tasek Pauh, Pasir Puteh, Kelantan.

1. Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2005-1.1.2006 (Tahun Persekolahan 2012)

2. Semakan Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2004-1.1.2005 (Tahun Persekolahan 2011)

Ibu bapa/penjaga yang berkenaan dikehendaki hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan di atas dengan membawa;
a. Surat Beranak/Sijil Kelahiran Asal.
b. 1 Salinan Fotostat Surat Beranak/Sijil Kelahiran. Masa berurusan dengan pihak sekolah adalah pada waktu pejabat sahaja. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

PROSES KEMAS KINI

Hari ni saya masih continue untuk penuhkan perkara2 yg berkaitan di layout belah kanan, seperti counter dsb.

Friday, March 12, 2010

AKHIRNYA BERJAYA MEMECAHKAN CODE HEADER WRAPPER UNTUK BANNER

Setelah bertungkus lumus dan menggunakan pengetahuan sedia ada, maka saya telah berjaya mengubah kod XML dan menghilangkan TITLE di bahagia atas blog. Alhamdulillah.

Moderator.

KEMAS KINI : BINA BANNER

Sebenarnya banner di atas adalah sementara sahaja. Saya cuba-cuba menggunakan photoshop walaupun tak ada asas. Try and Error katakan. Kalau tak menjadi juga, saya akan rujuk pakar Photoshop.

Blog Designer
Shaharuddin Busu

Thursday, March 11, 2010

BLOG SEDANG DIKEMASKINI

Assalamualaikum.
Kepada pengunjung blog SK Tasek Pauh, dukacita dimaklumkan blog sekolah sedang dikemaskini supaya ianya kembali aktif setelah sekian lama tidak mempunyai post-post baru.
URL terkini ialah http://sktpauh.blogspot.com
URL yang terdahulu http://sktasekpauh.blogspot.com secara rasminya telah terbatal. Keadaan ini berlaku kerana blog tersebut terdapat banyak kesalahan skrip XML, yang mana menyebabkan ia tidak dapat dipaparkan.
Akhir sekali, segala kesulitan amat dikesali.

1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Thursday, March 4, 2010

SAMBUTAN HARI JADI GURU DAN KAKITANGAN PEREMPUAN






Fuhhh...sedar x sedar dah masuk bulan Mac tahun 2010.Pejam celik-pejam celik sebentar jah masa berlalu.
Macam biasalah cecikgu pompuan ni penuh dengan aktiviti makan,makan dan makan jah sepanjang tahun nak join group cikgu lelaki cikgu perempuan sekolah ni sikit sangat tambah ngan pekerja cuma 12 org jah tu pun baru jer tambah seorang ahli dari SK Paloh,Gua Musang. Kebetulan kiaorg buat majlis cikgu tu baru jer lapor diri so termasuklah dalam senarai.
Minggu lepas baru jer diadakan majlis hari jadi untuk cikgu yang lahir dari bulan Januari hingga Mac. Ramai juga yang lahir dalam masa 3 bulan ni, 5 orang guru Cikgu Razmah(2 Jan),Cikgu Mazelam(16 Jan),Cikgu Che Anizan(2 Feb)Kak Za PPM(8 Feb)Ustzh Maihan(24 Mac).
Meriah sungguh, nak meramaikan ahli jemput jugalah cikgu lelaki makan,apa salahnyakan perkara yang baik elok dikongsi bersama.
Untuk cikgu yang lahir bulan April hingga Jun akan dibuat pada bulan Jun nanti.3 bulan sekali majlis ini diadakan.
Untuk cerita akan datang tunggu bulan Jun pulak(mana tau tambah keahlian dari kaum adam). BYEEEEEE