Friday, April 23, 2010

MESYUARAT PIBG KALI KE-34






Alhamdullillah....semuanya telah selesai tanpa ada apa-apa masalah.
Pada hari Khamis 22 April 2010 telah diadakan mesyuarat PIBG sekolah bagi kali ke-34.
Mesyuarat ini telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.Ia telah dirasmikan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Puteh,Kelantan iaitu Puan Zurina binti Ripin.Tidak lengkap rasanya kalau mesyuarat tak dihadiri oleh wakil dari PPD,En Anuar bin Iberahim yang merupakan Pegawai Perhubungan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh turut memeriahkan lagi majlis mesyuarat PIBG.
Mesyuarat kali ini mencatatkan penyertaan ibu bapa yang ramai.Tahniah!!! diucapkan kepada ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini.Ini menunjukkan komitmen meraka terhadap anak-anak dan institusi sekolah semakin bertambah.
Tak lengkap rasanya kalau mesyuarat PIBG tanpa cabutan bertuah,tahniah sekali lagi kepada ibu bapa yang telah memenangi hadiah cabutan bertuah.

Thursday, April 8, 2010

UPDATE

Masih melakukan proses update.